CT nak share resipi lah...Lama dah buat puding susu strawberry dan baru berkesempatan berkongsi di sini soooo layannnn....Resipi CT ambik dari kawan CT , Nieza yg dulu berada di Finland. Dia yg menggantikan tempat CT disana selepas CT balik Malaysia pada thn 2009. Terima kasih Nieza. CT copy dan paste je dari blog Nieza.
CT gunakan acuan silikon yg beraneka bentuk.
Sedappp.....lemak manis.....
Resepi Puding Susu Strawberry
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie
Bahan :
- 600 ml air
- 120 gram gula pasir
- 10 gram serbuk agar agar
- 300 ml susu segar
- 300 ml santan
- beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink
Cara membuatnya :
- Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
- Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
- Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.
- Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
- Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
- Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment