skip to main |
skip to sidebar
Salam sejahtera semua....
Tiga hari lepas kita di US terutama east coast nie telah menerima kedatangan taufan Sandy. Teruk betul serangan si Sandy nie kan....banjir kilat, pokok pokok tercabut.....Alhamdulillah CT mmg tak duduk di City. Kawasan rumah CT cuma banyak2 pokok-pokok besar dan kene berhati-hati pokok tumbang. Memang risau,takut je sepanjang hari kerana sebelah bilik CT nie ada 2 pokok besar, rasanya seumur dgn rumah. Syukurlah pokok yg CT takut tumbang tu selamat dan kukuh. Alhamdulillah jg krn kita tak de melalui terputusnya bekalan letrik atau air. Dan terima kasih jg kepada keluarga dan teman-teman yang mendoakan keselamatan kita sekeluarga di sini.
Oh ya.....selama CT berfotopages atau berblog tak pernah CT nak merapu tak tentu pasal. CT lebih berkongsi resipi dan cerita pengalaman CT je. Tak de nak meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi. Tapi kali nie CT nak terangkan kepada org membuat post khas untuk CT tu, pertama sekali CT ucapkan terima kasih. Susah betul kalau komen kita di salahtafsirkan.
Bagi CT, setiap manusia di dunia nie tak sempurna dan mempunyai kesilapan masing-masing. CT mengaku tak sempurna dan sepanjang kehidupan banyak jg kesilapan yang dibuat baik sedar atau tak sedar. Yang penting sekarang nie, macam mana kita menangani masalah yang kita hadapi. Perlukah kita mengadu dan menceritakan segala keaiban kita semata-mata nak mendapat sesuatu. perlukah???? Menagih simpati untuk mendapat apa yang kita nak.
Bila kita sudah dapat apa yg kita nak, sepatutnya di jaga dengan baik dan bersyukur kepada Allah swt kerana memperluaskan rezeki kita. Maksud komen CT adalah bila kita rasa kita bersalah dgn sesiapapun, kita mohon maaf dan berserah kepada Allah swt supaya semuanya selesai dengan baik. Tak terlintas di kepala otak CT nie nak suruh orang minta maaf. Macam nielah, " Awak tak buat salah pun kat CT so tak yah lah nak kecoh-kecoh."
Adoiiiiiiii......hidup di dalam masyarakat New York lagi mencabar dan macam-macam karenah manusia kene hadapi. So CT tak de masa untuk perkara yang sememangnya tak memberi apa2 faedah dan manafaat. Lagilah perkara yang tak benar dan tak de bukti yang kukuh. CT dah hadapi semuanya banyak kali so bagi CT hal nie tak de apa nye. Semuanya membuat CT lebih kuat ,matang dan banyak bersabar,bukan nya nak mencari kesalahan orang lain atau menuding jari ke org lain, jauh sekali. Yang memulakan cerita dan buat fitnah tu bukan CT. Yang mengacau keamanan CT selama ini pun bukan CT sendiri. Peninggggg....tepuk dada tanya diri sendiri.
Do you feel insecurity? Why? Jawapannya : NO tak de sebab pun. Dan jangan lah persoalkan attitude CT, cik adik nie tak kenal pun siapa CT tapi boleh nak rekomen CT change my attitude. Ya Allah...kau bagi lah hidayat dan rahmat kepadanya.
Kehidupan yang tak de kesilapan adalah kehidupan yang tak mencabar dan boring bagi CT. Kesilapan mendewasakan kita dan menyedarkan kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih matang dan kuat semangat dalam mengahadapi masa hadapan. Setiap manusia ada kelemahan dan keistimewaan masing-masing. Kita sepatutnya menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah swt bagikan selagi ada di depan mata kita. Kalau Allah swt nak tarik semua, sekelip mata je macam taufan Sandy sapu habisss.
Janganlah menuding jari kepada orang lain, tengok balik kepada diri sendiri apa yang telah kita buat selama ini dan muhasabah diri selalu dan mengadulah kepada Allah swt kerana Allah swt akan tunjuk jalan yang terbaik untuk umat nya.
Wowwwwww...........panjang dah cerita ceritunnnn...CT tak de niat apa-apa memburukkan sesiapa. Ini cuma sekadar luahan apa yang terpendam dan jg sebagai pengajaran dan pengalaman sepanjang kehidupan CT. Untuk pengetahuan semua, CT nie tak sempurna dan sentiasa memperbaiki diri so kita bersama-sama mendoakan kebahgiaan kita bersama di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
ok ok ok....malas dahhhhhh....layan gambar pokok tumbang selang sebuah rumah dr rumah kita.
nie pulak ex model di fotopages, dgn baju tidor lagi tu.....
3 comments:
salam Ct...saya selalu melayan fotopages awak sejak dari zaman saya berkerja dulu. Saya suka dengan masakan awak. Semuga awak sekeluarga di dalam situasi yang baik.Amin
sapa ya kak,sabar jak lah kak,ne nak polah,bok kenal sehari udah mcm ngelala kita 20thn,sampei juak ehh huhu
kak CT kan kuat...jika cabaran sebelum ni boleh diharungi, anggap je dah memang ragam manusia yg macam2222....doa kita utk c dia smuga dia mendapat hidayah dan Allah melindunginya...
Post a Comment