Tuesday, November 6, 2012

APAM YOGURT

SALAM SEMUA

Minggu lepas selepas taufan Sandy tu,ingatkan tak de org celebrate Halloween tp sebaliknya. Hari Rabu lepas, banyak jg yang datang "trick or treating". Alahaiiiii....nasib baik ada mini pretzel dan gula-gula si Era. Era happy lah layan budak-budak datang ke rumah dgn berbagai rupa costume dan comel-comel semua , ada jg mak bapak pun pakai costume jg. 



Nie gambar Era dgn costume Dorothy.







Era join Israf dan Daniel.



Oklah, hari nie CT share resipi apam yogurt. Resipi dari Kak Rima dan Kak Nor. Terima kasih. Mmg betul apam nie sedap di makan masa suam-suam.






Resipi nie CT adjust sikit dan yg lain-lain sama je. Apam yogurt strawberry.



Apam Yogurt
Sumber: Kak Nor@secubitgaramnor67.blogspot.com
Copy dari :HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 1/3 cawan gula halus
1 tsp ovallete
2 cawan tepung
1 cawan fresh yoghurt atau (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)- CT gantikan dgn yogurt strawberry
2 biji telur
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder (K.Nor skip) CT skip
1tsp chocolate paste -CT skip
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)

Cara2:

1.Panaskan air kukusan terlebih dahulu.

2.Dalam bekas sesuai, pukul semua bahan2 sehingga sebati,gebu dan pekat. Adunan akan bertali jika diangkat dengan pengadun

3.Tinggalkan sedikit adunan (lebih kurang 5 sudu besar) untuk dicampurkan serbuk koko dan coklat paste

4.Masukkan adunan putih ke dalam cawan kertas dan sudukan sedikit warna coklat di atasnya. Kukus selama 15-20 minit. CT kukus dalam 10-12 minit.





1 comments:

JUJUE AHMAD said...

salam perkenalan, gebu je apam ni kn.. msti sedap dimakan.. blh ye klo jue nk try resepi ni.. tkasih..

Nanti boleh la cik CT melawat n follow blog jue ye.. http://jujueahmad.blogspot.com

Post a Comment