Monday, November 12, 2012

CUCUR UDANG RANGUP

SALAM SEMUA,

Beberapa hari rehat mengupdate blog, ini adalah kerana hari Rabu lepas kat NY ada snow storm pulak. Snow turun dgn hujan dan angin yang kuat. CT pulak beranikan diri drive kete ambil Era dari sekolah. 




tgh tunggu green light, mmg blurrrrr sgt dan jalan pun licin semacam..huhuhuhu....

Hari Khamis pulak......snow snow snow bykkkkkk kat balcony dan sekeliling rumah. So CT kene keje keras cedok snow sebelum jadi keras mcm ais. 

Snow lebih kurang 5 inci kat balcony.

CT jadi org kuat cedok snow.

Tadaaaaaaaaaa licinnnnn tapi masa niee dada CT terasa sakit dahhhh....so kene tarik nafas. 


Macam biasa hujung minggu memang hari untuk family. Itu je lah cara untuk menambahkan kemesraan kita sekeluarga. If tak kita akan terlepas banyak perkara. Anak bujang CT sekarang nie tak berapa sgt nak ikut kita ke mana-mana jika tak dipaksa, dia lebih suka menghabiskan masa dgn kawan-kawan. Dan bila semuanya dah remaja dan gi kolej maka masa utk bersama akan kurang. Kalau dapat CT nak anak-anak pilih keluarga dari kawan jika mereka ada masalah ke apa. Alhamdulillah dan insyaallah mereka akan pilih CT utk mengadu hal dan ada masalah.

Ok...resipi hari nie...so simple, menu minum petang je. Ada 2 pembantu di dapur, if tiap-tiap hari mcm nie, kan besttttt......


Resipi copy dr Madiha tp tak ikut semua krn ada bahan yg tak de.....

Cucur Udang Rangup

Bahan2

3 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)- CT ganti dgn kiub ikan bilis

1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos- CT gantikan dgn daun bwg je
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan

1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)

LAYANNNN GMBR 2 PEMBANTU CT....HEHEHE....


ERA TGH BANCUH TEPUNG UTK GORENG PISANG.


LAST SEKALI.....GORENG PISANGGGGG......



PISANG LEMBIK KAT DALAM TP SEDAP MAKAN DGN ICE CREAM. 

KATA MUTIARA HARI NI: utk menguatkan semangat CT.




0 comments:

Post a Comment