Thursday, August 4, 2011

DAGING KERUTUK TRG

SALAM SEMUA...Macam mana berpuasa tahun nie?? Tahun nie CT berpuasa dirantauan lagi. Tak delah nak gi pasar ramandhan, miss betul pasar ramadhan kat Presint 2, Putrajaya. Kat NY, musim panas so panjanglah sikit masa berpuasa berbanding di Malaysia. Rasanya not bad berbanding dgn kawan-kawan yg berpuasa di Finland. cuba tanya kawan2 CT @ http://eiramalik.blogspot.com, http://nurniezza.blogspot.com/ , suria, faizah dan Yani.

Kali nie CT kongsi resipi daging kerutuk, CT  belajar jg dari mak mertua di kpg.

DAGING KERUTUK TRG  
 
 
Bahan-bahan:
  • 500gm-600gm daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk- selalunya CT pakai rempah dr kpg tp kali nie pakai yg ADABI
  • 2 sudu cili giling
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 keping manisan - kat atas tak bubuh krn brg2 CT tak sampai lagi
  • 2 sudu besar kerisik
  • air asam jawa -agarkan sendiri
  • minyak utk menumis                                                         
  • 1 biji bawang besar yg sederhana besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit lengkuas              
  •  3-4 ulas bawang putih                                                                                     Bahan tumis:
  • hirisan bawang merah dan bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Blend bawang besar, bawang putih,halia dan lengkuas. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk,cili giling,kerisik,manisan,garam  dan air asam jawa.
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  6. Akhir sekali masukkan kicap jika suka krn CT ikut mak mertua buat mcm tu. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi minyak atau nasi putih pun ok jugak.

NOTA : Semua sukatan adalah anggaran kerana biasanya belajar masak dgn org tua, semuanya campak2 je.

2 comments:

Mamasya said...

Salam Ramadan Ct dan slmt berpuasa.
Dah ada entry masak2...teringat masa Fp dulu Ct rajin update mcm2 masakan.
Daging kerutuk ni salah satu lauk kenduri yg femes...hari tu husben balik Ganu minta tlg belikan rempah kerutuk....tak tahu nak masak bila.

Hitam Coklat said...

"serlahkan lagi bakat buat coklat anda!! termurah dan termudah hanya kos yg minimum!"

Post a Comment