Friday, October 29, 2010

KEK PISANG


Dah lama buat kek nie tapi baru je nak postkan dan share resipi dgn rakan2 sekalian..mudah sgt buat kek nie dan tekturnya lembut je....bahan2 nya pun senang..setakat nie CT tak pernah berubah ke resipi lain lagi...



KEK PISANG

Bahan-bahan 

3 biji pisang - CT selalu letak lebih 1 atau 2
2 cawan tepong gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicabonate
sedikit garam 


4 biji telur
1 sudu teh esen vanila atau esen pisang
1 1/4 cawan minyak masak
1 3/4 cawan gula pasir - kena kurangkan sikit kpd yg tak suka manis

Caranya

1. Dalam satu bekas mula-mula, lenyek pisang .
2. Ayakkan tepung, b/powder, s/bicabonate dan garam di atas pisang dan jangan dicampur biarkan dulu. nie adunan no 1
3. Dalam bekas yg lain, campurkan telur,esen, minyak dan gula.
4. Blend bahan2 di atas sekejap je.
5. Kemudian tuangkan atas adunan (1) tadi .
6. Barulah digaulkan hingga rata .
7. Tuangkan ke dlm acuan dan bakar pada suhu 170c selama 45 minit -1 jam.

 

SELAMAT MENCUBA.......



1 comments:

NeenaAnuar said...

Hi sis!

Thanks for visiting and following my blog! I've linked yours too! :)

Post a Comment