Friday, October 22, 2010

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

Baru2 nie Ct balik ke kpg suami Terengganu... ada makan2 sikit dan solat hajat di rumah adik ipar yg akan pergi menunaikan haji. Sebelum tu mak mertua Ct masak lemak kulit rambai. Umurku dah hampir 40 thn baru je tahu yg kita boleh masak kulit rambai nie...huhuhuhu....
lalu Ct apa lagi ambillah gmbr dan belajar terus mcm mana masaknye. Mak mertua masak tu pun krn pagi nya suami ku tersebut2 nak makan......yalahhhhh...if balik kpg nie, mmg semuanya dia teringin itu ini....sabar je lah isterinya yg tak tahu masak nieee.....

ok hari nie Ct letak gmbr2 di ambil semasa balik TRG hari tu...

 BAHAGIAN LELAKI DI RUANG TAMU
BAHAGIAN WANITA DI DAPUR
ZAHIR,PAPA DAN TOK
ERA TGH MENIKMATI NASI BUKHARI


Nie pulak gmbr MASAK LEMAK KULIT RAMBAI....

Ct tulis resipi nie ikut ingat2 je.........

Bahan2:

Kulit rambai secukupnya 
10 btg kacang pjg
1 biji bawang besar - hiris
2 biji cili masak dipotong memanjang
3 ekor sotong dibersihkan dan dipotong
1 ekor ikan selayang.. di bakar  dan ambil isinya..
petai jika suka
santan 

Cara-caranya:

Kulit rambai di rebus dan di ramas2 untuk membuang rasa masamnya.
Campurkan semua bahan2 di atas , masukkan santan,garam, gula dan masakkan di atas api sederahana.  
Kene sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
Masak sampai kuahnya sebati dan padamkan api. Siap.


1 comments:

Anonymous said...

1st time tau yg kulit rambai ni boleh dimasak...sedapnye kak..

Post a Comment