SOMTAM
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 150g kulit tembikai (CT pakai betik muda)
- 1/3 batang lobak merah
- 2-3 batang kacang panjang
- 3 sudu besar udang kering
- [ Bahan untuk dressing ]
- 2 ulas bawang putih
- 10-15 biji peanut
- 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
- 1 biji lemon- ambik jusnya
- 1-2 batang cili padi
- 1 sudu besar gula
- tomato ceri
Cara-cara
- Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
- Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
- Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
- Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.
- Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.
- ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***
LAST KITA BICARA BETAPA PENTING SOLAT DLM ISLAM DR http://kakmiz.blogspot.com/
Apakah HAKIKAT SOLAT DALAM ISLAM? Solat mempunyai kedudukan istimewa dalam islam iaitu antara lain seperti berikut:-
- Kalimah solat dalam al-Quran diulang sebanyak 117 kali. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian-harian seorang Muslim dan Muslimah yang beriman kepada Allah s.w.t.
- Solat difardhukan dengan langsung ketika Nabi s.a.w. menghadap ke hadhrat Allah 'Azza wa Jalla, berbeza dengan ibadah-ibadah lain hanya melalui perutusan jibril. Ini sebagai satu bukti betapa solat sebagai ibadah paling utama.
- Solat sebagai ibadah paling utama, kerana dengannya seseorang hamba menumpukan sepenuh hati dan pemikiran serta jiwa raganya melakukan pengabadian kepada Allah.
- Sebagai zikrullah atau mengingati Allah, sebagaimana firmannya bermaksud: "Dirikanlah solat kerana mengingati Aku."
- Solat yang dilakukan dengan khusyuk maka menjadikan si pelakunya seolah-olah mi'raj menghadap ke hadhrat Allah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Solat itu mi'raj bagi seorang Mukmin."
- Pernyataan bahawa diri kita hina di sisi Allah, sehingga kita sanggup rukuk dan sujud, kedua-dua perbuatan ini tidak dilakukan kecuali hanya untuk Allah.
- Mengagungkan dan membesarkan Allah melalui pengucapan, hati dan perbuatan.
- Berikrar bahawa solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanya untuk Allah.
- Memuji dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-nya yang tidak terhingga.
- Memohon keampunan atas segala dosa yang kita lakukan.
- Memohon hidayah dan pelbagai kurniaan yang baik kepada kita di dunia dan di akhirat.
- Menerusi solat juga kita memohon perlindungan dihindari daripada apa-apa jua keburukan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.
0 comments:
Post a Comment