Thursday, March 31, 2011

SIMPLY IKAN SINGGANG

SALAM SEMUA


Hari nie CT nak share resipi ikan singgang...simple , menyihatkan dan tambah nasi byk2 kalau ada bahan sampingan seperti budu,ulam-ulaman....yummyyyy......
Ok...cerita pasal SAMAN.....2 hari lepas, pagi CT ke pejabat pos nak bayar saman, lamanya tunggu no giliran. 2 kaunter buka tapi slowwwwww gilaaaaa....last2 CT buang no giliran dan terus ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya......sunyi pulakkkk, if tahu dari tadi CT ke sini...huhuhuhuhuhu......
Bila dah sampai kaunter tu, awek kat kaunter kata, "Puan, tak de dalam sistem lagi, kene tunggu lagi dan datang kembali lagi nanti". Laaaaaaaaa.........buang masa CT je seharian hari tu...ntah apa2 lah derang nie, if tak bayar langsung, satu cerita pulak. Nak bayar segera macam nie, tak de dlm sistem. adoiiiiii......pdhal dlm surat saman tu tulis, kene selesai dalam masa 7 hari. Last2 CT simpan jelah dulu.....biarlahh...FRUST nak jadi rakyat yang bertanggungjawab....LOLLLL....


Ok nie resipi hari nie.....




IKAN SINGGANG

Bahan-bahan:

  • 2-4 potong ikan tenggiri (ikan lain pun boleh - tongkol,kembong) 
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi ikut citarasa
  • ajinomoto secukup rasa - jika mahu (atau gula)
  • Air ( agak2 - kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)

Cara-cara

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan - ikan, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih yang telah dihiris, asam keping, garam dan ajinamoto ke dalam periuk tadi.
  3. Rebus sehingga ikan betul2 masak, seterusnya campakkan cili padi ke dalam periuk. Boleh terus hidangkan. Makan dengan budu atau sambal belacan dan ulam-ulaman seperti daun pegaga,timun,petai dll - yummyyyyyy!!!

1 comments:

Azian said...

Hi CT,
Salam kenal dari saya. Saya sekeluarga juga masakan ni, kena lagi kalau ada sambal belacan.

Post a Comment