Tuesday, January 25, 2011

TERUNG MASAK SAMBAL

SALAM SEMUA....

Oh ya....sambung pasal kisah bizzybody hari tu...lupa nak bgtau yg kat sana tu, bukannya derang bagi treatment sahaja tetapi di akhir sessi mesti derang akan offer ubat pecah lemak, cellulite...katanya kene pakaikan selepas setiap satu sessi treatment....hgnya RM220 tp offer RM128, botol kecik je, sapu sekali, boleh tahan 72 jam...itulah kata derang....alahai...mcm-mcm cara derang nie nak cari duit...
Nielah botol kecil 10ml yg dah kosong..CT bawak balik utk kenangan.....

 Bila CT  mengadu yg badan CT lebam-lebam selepas 1st treatment, derang tak nak kembalikan my deposit. So hari nie akan buat treatment cara lain lah pulak...soooo simple dan tak berbaloi lah.....lagi nak suruh beli ubat sapu ajaib derang tu...kali nie CT tak layan lah...NO NO NO....berubah jg muka derang nie dan layanan pun tak seberapa bagus dah.....hhhhhmmmmmm......susah nak cakap dgn cara2 org cari makan nie....CT kene gi sekali lagi treatment supaya tak rugi dgn wang deposit yg dah dibayar....huhuhuhuhuhu......

Anyway hari nie...CT nak share resipi terung.....

TERUNG MASAK SAMBAL
Bahan-bahan:
  • 2-3 terung panjang
  • 2 -3 tangkai cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit udang kering
  • 1 sudu belacan
  • garam, gula dan aji jika nak letak

Cara:

  1. Terung dipotong 2 dan di belah nipis.
  2. Blend bawang merah, bwg putih,belacan dan udang kering.
  3. Panaskan dalam minyak dan tumis bahan blend sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
  5. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup kuali dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
  6. Gaukan sama rata dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.



0 comments:

Post a Comment