Thursday, November 11, 2010

NASI LEMAK KUKUS

Salam sejahtera kawan2, teman2......

Hari nie Ct nak share apa yg CT baru masak for the 1st time iaitu Nasi Lemak Kukus..selalunya Ct masak pakai rice cooker je. Kali nie nak cari kelainan pulak, mengukus...hehehehehehe.....



NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan:

4 cawan beras- CT pakai beras jasmin je
5 cawan santan
2-3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
halia di hiris nipis - sikit je
2 ulas bwg merah yg di mayang
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara:
 
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Pindahkan nasi kedalam kukusan berlubang dan kukuskan selama 30 minit.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus dan timun yg di hiris nipis. Nasi lemak nie pun boleh di hidangkan dgn kacang goreng, ikan masin, kangkung yg dicelur dlm air panas, ikut selera masing2. 


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
 
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala]
2-3 sudu besar cili boh
2 labu bawang besar ] dimesin halus
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara:
 
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru padam api.

1 comments:

Anonymous said...

sedapnyee. sy suke nasi lemak kukus. hehe

Post a Comment