Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR 2011


SELAMAT TAHUN BARU 2011 UNTUK SEMUA YG SUDI SINGGAH DI BLOG CT...

SEMOGA KITA AKAN LEBIH BERUSAHA MEMPERBAIKI KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DIRI  PADA 2010, 
 
SEMOGA KEHIDUPAN KITA AKAN TERUS DIBERKATI ALLAH YANG MAHA ESA.... AMIN......

Tuesday, December 7, 2010

ERA'S 7TH BIRTHDAY

Salam Maal Hijrah untuk rakan2 yg beragama Islam....semoga kita menjadi seorang muslim yg lebih baik dan semua amalan kita diberkati oleh Allah swt. amin.....

Hari nie juga hari ulangtahun ke 7 puteri kesayangan CT iaitu ERA. CT berdoa agar puteriku itu di beri kesihatan yg baik dan menjadi seorang muslimah yang berjaya.

Hari nie cuti umum so tak de gi sekolah dan esok barulah celebrate birthday dia kat sekolah. Dah tempah dan ambil cupcakes dari Bangi, Orgnya adalah Chepah , kenalan di alam cyber. hehehehehehehe...Baru jumpa mlm nie , selalunya komen2 kat fotopages CT je.

OK...nanti CT sambung lagi dan letak gmbr Era kat sekolah...

Gmbr Era sambut birthday dlm kelas dia....


Cupcakes made by Che Pah...thank you so much walaupun CT order last minute.



 Ct gembira sgt krn Era suka cc tu.... :)

Saturday, December 4, 2010

FAMILY DAY @ PERMAISURI RESORT, PORT DICKSON

Sabtu lepas kita sekeluarga dgn keluarga2 lain dari jabatan mr hubby gi ke Port Dickson for family day. Ada xtvt bbq,makan2 dan mlm pulak ada sessi karaoke. Anak2 pulak seronok bermain bola, main pasir dan berenang. Era macam tak jemu ke sana sini dan tak nak rehat langsung. Tu yang buat dia tak sihat ....terlebih aktif....

AKTIVITI BBQ.......sampai ke malam...




NIE PULAK GMBR APARTMENT SATU BILIK....
AKTIVITI YG DITAWARKAN DI PERMAISURI RESORT, PORT DICKSON

OH YA...LAMA TAK SIARKAN GMBR ERA KAN...NOWADAYS ERA TAK SUKA BERGAMBAR,LAGI2 KALAU DIA TAHU CT NAK LETAKKAN KAT BLOG. DULU WAKTU DI FINLAND , OK AJEEEE....NOW DAH BESAR MY GIRL NIE....

OKKKKKK...TU JE CERITA KALI NIE..HARAP2 CT BOLEH UPDATE SETIAP HARI ATAU 2-3 KALI SEMINGGU PUN JADI JUGAAAA......



SPAGHETTI BOLOGNESE

Lama CT tak update blog nie krn Era tak sihat sepanjang minggu depan dan last 2 days CT pulak yg rasa tak sihat. huhuhuhuhuhuhu...Ini maybe krn kepenatan balik dari Port Dickson dan cuaca kat sana pun panas , hujannnn.....tak menentu....

Sebelum gi PD hari Sabtu lepas, CT masak spaghetti...so nielah hasilnya....



CT pakai resipi dari Myresipi.com...yummyyyy.....

SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!