Thursday, November 1, 2012

TAUFAN SANDY


Salam sejahtera semua....

Tiga hari lepas kita di US terutama east coast nie telah menerima kedatangan taufan Sandy. Teruk betul serangan si Sandy nie kan....banjir kilat, pokok pokok tercabut.....Alhamdulillah CT mmg tak duduk di City. Kawasan rumah CT cuma banyak2 pokok-pokok besar dan kene berhati-hati pokok tumbang. Memang risau,takut je sepanjang hari kerana sebelah bilik CT nie ada 2 pokok besar, rasanya seumur dgn rumah. Syukurlah pokok yg CT takut tumbang tu selamat dan kukuh. Alhamdulillah jg krn kita tak de melalui terputusnya bekalan letrik atau air. Dan terima kasih jg kepada keluarga dan teman-teman yang mendoakan keselamatan kita sekeluarga di sini.

Oh ya.....selama CT berfotopages atau berblog tak pernah CT nak merapu tak tentu pasal. CT lebih berkongsi resipi dan cerita pengalaman CT je. Tak de nak meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi. Tapi kali nie CT nak terangkan kepada org membuat post khas untuk CT tu, pertama sekali CT ucapkan terima kasih. Susah betul kalau komen kita di salahtafsirkan. 

Bagi CT, setiap manusia di dunia nie tak sempurna dan mempunyai kesilapan masing-masing. CT mengaku tak sempurna dan sepanjang kehidupan banyak jg kesilapan yang dibuat baik sedar atau tak sedar. Yang penting sekarang nie, macam mana kita menangani masalah yang kita hadapi. Perlukah kita mengadu dan menceritakan segala keaiban kita semata-mata nak mendapat sesuatu. perlukah???? Menagih simpati untuk mendapat apa yang kita nak. 

Bila kita sudah dapat apa yg kita nak, sepatutnya di jaga dengan baik dan bersyukur kepada Allah swt kerana memperluaskan rezeki kita. Maksud komen CT adalah bila kita rasa kita bersalah dgn sesiapapun, kita mohon maaf dan berserah kepada Allah swt supaya semuanya selesai dengan baik. Tak terlintas di kepala otak CT nie nak suruh orang minta maaf. Macam nielah, " Awak tak buat salah pun kat CT so tak yah lah nak kecoh-kecoh." 

Adoiiiiiiii......hidup di dalam masyarakat New York lagi mencabar dan macam-macam karenah manusia kene hadapi. So CT tak de masa untuk perkara yang sememangnya tak memberi apa2 faedah dan manafaat. Lagilah perkara yang tak benar dan tak de bukti yang kukuh. CT dah hadapi semuanya banyak kali so bagi CT hal nie tak de apa nye. Semuanya membuat CT lebih kuat ,matang dan banyak bersabar,bukan nya nak mencari kesalahan orang lain atau menuding jari ke org lain,  jauh sekali. Yang memulakan cerita dan buat fitnah tu bukan CT. Yang mengacau keamanan CT selama ini pun bukan CT sendiri. Peninggggg....tepuk dada tanya diri sendiri.

Do you feel insecurity? Why? Jawapannya : NO tak de sebab pun. Dan jangan lah persoalkan attitude CT, cik adik nie tak kenal pun siapa CT tapi boleh nak rekomen CT change my attitude. Ya Allah...kau bagi lah hidayat dan rahmat kepadanya. 

Kehidupan yang tak de kesilapan adalah kehidupan yang tak mencabar dan boring bagi CT. Kesilapan mendewasakan kita dan menyedarkan kita untuk memperbaiki diri menjadi lebih matang dan kuat semangat dalam mengahadapi masa hadapan. Setiap manusia ada kelemahan dan keistimewaan masing-masing. Kita sepatutnya menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah swt bagikan selagi ada di depan mata kita. Kalau Allah swt nak tarik semua, sekelip mata je macam taufan Sandy sapu habisss.
Janganlah menuding jari kepada orang lain, tengok balik kepada diri sendiri apa yang telah kita buat selama ini dan muhasabah diri selalu dan mengadulah kepada Allah swt kerana Allah swt akan tunjuk jalan yang terbaik untuk umat nya. 

Wowwwwww...........panjang dah cerita ceritunnnn...CT tak de niat apa-apa memburukkan sesiapa. Ini cuma sekadar luahan apa yang terpendam dan jg sebagai pengajaran dan pengalaman sepanjang kehidupan CT. Untuk pengetahuan semua, CT nie tak sempurna dan sentiasa memperbaiki diri so kita bersama-sama mendoakan kebahgiaan kita bersama di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. 

ok ok ok....malas dahhhhhh....layan gambar pokok tumbang selang sebuah rumah dr rumah kita.




nie pulak ex model di fotopages, dgn baju tidor lagi tu.....



Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDIL ADHA

SALAM SEMUA,

Salam Aidil Adha untuk keluarga tercinta dana rakan-rakan blogger.





Thursday, October 18, 2012

RINDU RINDU RINDU.......

SALAM SEMUA.....

Rindu sgttttt......Lama tak berblogging nie. Ntah penyakit apa yg melanda sejak menjak berada di BIG APPLE nie. Sebenarnya byk resipi dan byk cerita yg nak dikongsi bersama ttp tulah virus M mengatasi segala-galanya. hehehehehehehehe....

Kali nie CT nak cerita pasal open house aidilfitri yg dah lama berlalu. Nielah open house di rumah CT. Simple je dan alhamdulillah berjalan dgn lancar.

Sila layannnnnn gmbr2 di bawah.....


Menu : Nasi minyak, Gulai Ayam Trg, Acar Mentah, Daging Masak Hitam Sarawak
            Nasi Himpit, Kuah Lodeh,Kuah Kacang


Meehoon goreng


Air sirap


Biskut Raya



The Ladies.........








Wednesday, November 30, 2011

NASI BRIYANI MUTTON SHAN

Salam sejahtera semua...Kali nie CT nak share resipi Nasi Briyani Mutton atau Lamb ler. Bila gogglekan Mutton tu adalah daging kambing biri2 yg dah tua dan Lamb pulak adalah daging kambing biri2 yg muda.


Resipi nie ikut cara CT je. Ada setgh2 resipi yg melibatkan kambing nie, kambing diperap semalaman. Tp yg nie lain. nak kerja senang. masak ikut suka hati je.


Rempah Shan

Lamb yg telah siap dimasak

Acar Mentah







Bahan-bahan:

  • 4 -6 cawan basmati (dibasuh dan direndam selama 10-20 minit)

  • 1 biji  bawang besar bombay- potong dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 cm halia - tumbuk
  • 1 paket rempah shan (jika tak boleh tahan kepedasan rempah nie, sila kurangkan)
  • Daun ketumbar - hiris
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • Minyak atau minyak ghee/sapi
  • 500gm - 600gm potongan lamb @ mutton 
  • 1 cawan yogurt - CT gantikan dgn susu cair

Cara-cara

  1. Panaskan ghee dan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi bbp minit, masukkan potongan tomato.
  3. Masukkan potongan lamb@mutton dan gaulkan rata.
  4. Masukkan rempah shan 1 paket dan gaul lagi. Dan masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sampai mutton@lamb masak dan dagingnya empuk. 
  5. Ct gunakan kuah tadi utk memasakkan nasi di dalam rice cooker. 
  6. Bila nasi hampir masak, kacaulah dan masukkan daun ketumbar dan daging yg telah masak ke dlm rice cooker tadi. 
  7. Boleh di makan dgn acar mentah atau kuah dalca. Jgn lupa goreng papadom sekali.

Tuesday, November 29, 2011

CERITA NIE AKAN KU KENANG SELAMANYA.

SALAM SEMUA...........semoga baik-baik aja ya semuanya. Lama dah CT nak berceloteh di blog nie tapi masa tak mengizinkan, ada saja yg perlu dibereskan.


Untuk pengetahuan semua, CT balik ke Malaysia pada 16hb Ogos iaitu semasa bulan Ramadhan baru2 nie kerana bapak CT sakit tenat. Tergesa-gesa CT balik krn yalah terlalu sedih dan panik. Panjang jg perjalanan nak balik dari New York, lebih kurang 2 hari barulah sampai ke kpg halaman. Semasa dalam perjalanan, mcm2 je dalam fikiran. 


Memang semasa CT nmpk bapak dlm skype sebelum tu mmg dah tak boleh buka mata dan tak bergerak lagi. Dah 2 hari tak makan dan tak minum. CT boleh dengar org baca Yassin, pilunya hati CT . CT tak boleh ditahan dari pulang, nasib baik anak2 tak mula sekolah lagi kat NY. 


Pada hari CT sampai rumah di kpg, keluar dari kereta CT terus gi jumpa dan pegang tangan bapak CT. CT boleh tgk dia cuba bukakan matanya. CT boleh rasa dia kuatkan diri untuk melawan penyakitnya utk bersama dgn CT. Semua org boleh tgk dia cuba minum,makan lagi walaupun sikit sj. Walaupun tak boleh berkata-kata tetapi ada masa dia akan cuba sedaya upaya nak berbicara dgn CT. 


Memang CT tak pernah nak berjauhan pun dari dia sejak sampai . Ada masa CT sedih sgt, lebih lagi CT sampai tak sanggup dah tengok dia melawan penyakit yg semakin teruk. 


Akhirnya pada 23hb Ogos,2011 @ 10.00pm - Hopital Umum Kuching, bapak CT meninggalkan kita semua dengan tenang. AL Fatihah. Semoga roh arwah Bapak dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 beriman. AMIN.


Itulah cerita CT buat masa ini kerana baru je ada mood nak menulis. Insyaallah....lain kali CT akan sambung lagi.


GAMBAR NIE: ARWAH BAPAK DTG KE PUTRAJAYA SEMINGGU. 

Thursday, August 4, 2011

DAGING KERUTUK TRG

SALAM SEMUA...Macam mana berpuasa tahun nie?? Tahun nie CT berpuasa dirantauan lagi. Tak delah nak gi pasar ramandhan, miss betul pasar ramadhan kat Presint 2, Putrajaya. Kat NY, musim panas so panjanglah sikit masa berpuasa berbanding di Malaysia. Rasanya not bad berbanding dgn kawan-kawan yg berpuasa di Finland. cuba tanya kawan2 CT @ http://eiramalik.blogspot.com, http://nurniezza.blogspot.com/ , suria, faizah dan Yani.

Kali nie CT kongsi resipi daging kerutuk, CT  belajar jg dari mak mertua di kpg.

DAGING KERUTUK TRG  
 
 
Bahan-bahan:
  • 500gm-600gm daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk- selalunya CT pakai rempah dr kpg tp kali nie pakai yg ADABI
  • 2 sudu cili giling
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 keping manisan - kat atas tak bubuh krn brg2 CT tak sampai lagi
  • 2 sudu besar kerisik
  • air asam jawa -agarkan sendiri
  • minyak utk menumis                                                         
  • 1 biji bawang besar yg sederhana besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit lengkuas              
  •  3-4 ulas bawang putih                                                                                     Bahan tumis:
  • hirisan bawang merah dan bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Blend bawang besar, bawang putih,halia dan lengkuas. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk,cili giling,kerisik,manisan,garam  dan air asam jawa.
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  6. Akhir sekali masukkan kicap jika suka krn CT ikut mak mertua buat mcm tu. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi minyak atau nasi putih pun ok jugak.

NOTA : Semua sukatan adalah anggaran kerana biasanya belajar masak dgn org tua, semuanya campak2 je.

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA @ 1HB OGOS 2011

KEPADA AHLI KELUARGA YG  BERADA DI MALAYSIA, KAWAN-KAWAN DAN RAKAN -RAKAN FP,BLOGGER...CT MENGUCAPKAN :  

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.SEMOGA DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG MULIA DAN PENUH KEBERKATAN INI DAPATLAH KITA SAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN AMALAN KITA .